Bagaimana Judi Boleh Berlaku?

Ramai beranggapan bahawa judi hanyalah terhad kepada membeli tiket loteri atau bermain di kasino. Tetapi ianya melangkaui lebih dari itu. Selama mana boleh disertai juga oleh orang lain (diterjemah kepada ‘equal game of chance’) dalam mendapatkan hadiah atau ganjaran (sama ada wang atau bukan wang), maka ianya adalah judi dan hukumnya Haram.

Sungguhpun ada yang menjustifikasi adanya usaha dalam mendapat ganjaran atau hadiah, tetapi dengan memasukkan bayaran yang kemudiannya menjadi sebahagian dari ganjaran, maka ia tetap dianggap sebagai pertaruhan yakni judi.

Ingatlah judi adalah antara yang ditegah keras oleh Allah selain arak, menyembah berhala dan menilik nasib yang disifatkan sebagai sifat keji dan kotor dari budaya amalan syaitan.

Wallahua’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *